Dilahirkan pada 31 Ogos 2002 oleh bapa warga Malaysia dan ibu dikatakan berasal dari Sabah, pelajar cemerlang Muhammad Omar Mokhtar Mohd Roslan tidak berputus asa dengan perjuangannya mendapat “kemerdekaan”.
Omar tidak diiktiraf sebagai warganegara pada usia 12 tahun apabila bapanya Mohd Roslan Saad dan ibu saudaranya Jamaliah Saad cuba memohon MyKid dan JPN menimbulkan persoalan mengenai status kewarganegaraan ibu kandungnya.
Pelajar terbaik STPM dari SMK Kubor Panjang, Kedah itu menarik perhatian kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty selepas berkongsi mengenai situasinya di laman Twitter.