Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan polis hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap semasa Taklimat Khas Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Sabtu lalu.
Pengarah Biro Mobilisasi Amanah, Mohd Sany Hamzan berkata, dalam ucapan itu, Ahmad Zahid didakwa menghina dan memfitnah institusi kehakiman negara, Jabatan Peguam Negara, SPRM, dan Yang di-Pertuan Agong berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes melibatkan Najib Razak.
Sumber video: https://www.facebook.com/suarakeadilanofficial/videos/473162707738980