Arul Kanda Kandasamy berkata dia tidak tahu sama ada hakim perbicaraan kes SRC International, Mohd Nazlan Mohd Ghazali terlibat dalam pinjaman 1MDB.
Bekas CEO 1MDB itu memberi keterangan lisan semasa perbicaraan audit 1MDB terhadapnya dan bekas perdana menteri, Najib Razak hari ini.