Jika PH tak memerintah, pemimpin kontroversi terlepas

2022-08-25 629

Jika Pakatan Harapan (PH) tidak memenangi PRU14 lalu dan memerintah Malaysia, barangkali kes-kes jenayah melibatkan pemimpin-pemimpn kontroversi akan terlepas begitu sahaja.

Ketua Program Sains Politik, UKM, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata kes Datuk Seri Najib Razak menjadi titik penting untuk menjadikan politik negara lebih beramanah, berintegriti, dan demokratik.

Dr Nadzri berkata demikian ketika program Wacana Sinar Harian Siri 362 bertajuk “Najib ke penjara: Apa kesan kepada BN?” pada Selasa.