Bekas Perdana Menteri Najib Razak buat pertama kali muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas dua hari menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.
Beliau yang tiba pada jam 8:25 pagi tadi hadir bagi menghadiri perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.