Polis patut siasat pemimpin Umno yang hina mahkamah - Faiz

2022-08-22 336

Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Faiz Fadzil berkata, tindakan mendakwa Mahkamah Persekutuan enggan mengetahui "bukti baru" yang ingin dibawa Najib Razak adalah suatu tohmahan serius.

Katanya, ulasan pemimpin Umno bahawa para hakim sengaja menolak permohonan pembelaan Najib boleh menjurus kepada penghinaan mahkamah dan perlu disiasat segera.