GTA guna logo Tanah Air pada PRU15, daftar ROS minggu depan

2022-08-18 177

Gerakan Tanah Air (GTA) yang ditunjangi empat parti Melayu bakal menggunakan satu logo untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Penaja gerakan itu, Dr Mahathir Mohamad berkata, logo berkenaan menggunakan nama Tanah Air untuk diputuskan pada minggu depan sebelum gerakan itu dibawa pendaftaran ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Presiden GTA di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/1468908163593289