Permohonan ditolak, Najib, Sungai Buloh trend di Twitter

2022-08-17 2,892

Permohonan ditolak, Najib, Sungai Buloh trend di Twitter

BERITA SEMASA 17 OGOS 2022

Nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini ‘trending’ di Twitter selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan untuk memasukkan bukti tambahan berhubung peranan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Difahamkan, lebih 20,000 ciapan dihantar dengan kata kunci “Najib” dan “Sungai Buloh” mendahului senarai trending sehingga jam 8 malam di laman media sosial itu menurut laporan NST.

Semalam, panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan Datuk Seri Najib untuk untuk menangguhkan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Artikel:https://bit.ly/3STx5xb

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa