Kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut zon merah, jingga dan hijau akan dikaji semula dan berdasarkan data yang telah dikemas kini mengikut kaedah baharu, menggantikan kaedah kumulatif, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam pada itu, bagi persediaan kemuncak COVID-19, kementerian sedang memantapkan hospital bagi rawatan pesakit-pesakit COVID-19.