Hishammuddin bawa cadangan RCI isu skandal LCS ke kabinet

2022-08-16 162

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dibawa Kabinet.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein, yang memberikan komitmen beliau sendiri akan mengemukakan cadangan itu kepada Kabinet.

Beliau berkata demikian ketika menggulungkan perbahasan usul berkaitan projek LCS, di Dewan Negara, hari ini.