Jabatan Perikanan Negeri Perak akan memantau fenomena ikan bilis naik ke darat dan terdampar di pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor dari semasa ke semasa.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak Noraishah Hashim berkata, mengikut kajian saintifik ada tiga faktor yang menyebabkan fenomena itu, antaranya perubahan drastik suhu air laut, pertumbuhan alga serta plankton selain arus dan gelombang yang tinggi.
Semalam, tular di media sosial beberapa gambar dan video menunjukkan ribuan ikan bilis yang melompat ke darat dan terdampar di tepi pantai.