Gangguan bekalan air di 7 wilayah pulih sepenuhnya

2022-08-13 0

Gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah sejak Jumaat lepas akibat pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor, telah pulih sepenuhnya hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Halem Mat Som berkata pihaknya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama baik daripada pengguna kepada semua warga kerja Air Selangor yang bertugas sepanjang misi bantuan dijalankan.