Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi meniliti untuk menyalurkan bantuan kepada pekebun kecil yang terjejas berikutan penularan jangkitan COVID-19.
Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata perkara itu akan dibincangkan dan difokuskan menerusi mesyuarat Kabinet.