Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, apa yang pasti KKM telah mengasingkan dan merawat mereka yang positif manakala kontak rapat dikuarantin untuk tempoh 14 hari.
Terdahulu, beliau memaklumkan kapasiti maksima 43 makmal COVID-19 setakat Sabtu adalah 29,789 ujian sehari. Bermula pada 1,600 ujian COVID-19 pada Januari dan kini berjaya laksana hampir 30,000 ujian sehari.