Kebocoran gas amonia, polis arah kilang henti operasi

2022-08-13 1

Sembilan pekerja kilang pemprosesan ayam di Merlimau terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas berikutan kebocoran gas amonia di kilang berkenaan.
Dalam kejadian sekitar 11.40 pagi tadi itu, kesemua tiga pekerja lelaki dan enam pekerja perempuan difahamkan dibawa ke Hospital Jasin bagi menerima rawatan lanjut.