Kenyataan seorang Ahli Parlimen bahawa Anggota Tentera Malaysia hanya menyerang ayam dan anjing sewaktu insiden pencerobohan pengganas di Sabah pada 2013, tidak bertanggung jawab dan tidak boleh diterima sama sekali.
ATM dalam satu kenyataan hari ini berkata, tuduhan itu juga memperlekehkan tugas serta tanggungjawab anggota tentera serta pasukan keselamatan lain dalam mempertahankan kedaulatan negara ketika itu.