Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan menilai sama ada AirAsia dan AirAsia X melanggar Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 atau garis panduan yang diterbitkan oleh suruhanjaya tersebut. Ini selepas penyelesaian kes mahkamah di London mendedahkan dakwaan bahawa pegawai kedua dua syarikat itu menerima rasuah daripada syarikat pengeluar pesawat, Airbus.