Fokus Minggu Depan: Kerancakan dinamik politik dengan PRU15 semakin hampir

2022-08-11 0

Kenyataan Parti Warisan (Warisan) yang sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana gabungan politik yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti disifatkan satu perkara yang mengejutkan, kata Penganalisis Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis.

Menurutnya, kenyataan itu perlu dilihat daripada dua perspektif sama ada dalam konteks Barisan Nasional (BN) atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS).