Cerita Sebalik Berita: Pencemaran di Sungai Geting

2022-08-11 0

Semalam, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan menasihati orang ramai agar tidak makan kerang-kerangan yang diperoleh dari perairan Sungai Geting, Tumpat, Kelantan kerana disyaki tercemar dengan serangan alga merah.

Malah, aktiviti memungut serta menjual hasil kerang-kerangan termasuk tiram, lokan, kepah dan lala turut dilarang.

Untuk mengetahui apa cerita yang berlaku di Sungai Geting ini bersama Wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Mohamad.