Tambat ringgit kepada dolar AS langkah berisiko - Tengku Zafrul

2022-08-11 4

Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia tidak bercadang untuk menambat ringgit kepada dolar AS kerana langkah itu mempunyai risiko dan penggantian yang besar, kata Menteri Kewangan Tengku ZafrulAbdul Aziz.

Katanya ianya bukan satu dasar yang terbaik untuk ekonomi Malaysia kerana sekiranya sandaran tambatan ringgit kepada dolar AS dilaksanakan, Malaysia perlu mengikut sepenuhnya dasar monetari negara tersebut.