Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti diluluskan Dewan Negara semalam.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Negara kerana menyokong RUU tersebut.