PH 'tunggu dan lihat' jika PN tarik sokongan terhadap Ismail Sabri

2022-08-08 214

Pakatan Harapan akan "tunggu dan lihat" jika Perikatan Nasional menarik sokongan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum memutuskan langkah seterusnya, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Loke ditanya sama ada PH akan mengekalkan sokongan terhadap Ismail Sabri bagi menangguhkan pilihan raya umum ke-15 jika PN menarik balik sokongan kepadanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media hari ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/DAPMalaysia/videos/596544981829509