Tak puas hati kadar upah, penghantar makanan himpun depan pejabat Grab

2022-08-05 391

Kira-kira 100 penghantar makan hari ini berhimpun selepas tidak berpuas hati dengan kadar pembayaran yang didakwa tidak adil oleh syarikat Grab Malaysia.

Ia selepas mogok 24 jam dinamakan “Food Delivery Blackout”, yang bermula tengah malam tadi.

Penghantar daripada beberapa syarikat termasuk Grab berkumpul di 10 lokasi sekitar Lembah Klang pada jam empat petang tadi, sebelum bergerak bersama-sama menuju ibu pejabat Grab di Petaling Jaya sebelum menyerahkan memorandum lima tuntutan.

Free Traffic Exchange