Hakim lawat dua banglo dikaitkan kes rasuah Zahid Hamidi

2022-08-01 4

Hakim dan pihak yang terbabit dalam perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi melawat dua unit banglo, didakwa dibeli menggunakan dana Yayasan Akalbudi.

Banglo yang terletak di Country Heights, Kajang itu dijadikan pusat pengajian al-Quran bagi golongan yang akan bersara dan pelajar tahfiz.