Kasthuri Patto (PH - Batu Kawan) diusir dari Dewan Rakyat selepas dia enggan menerima keputusan berhubung kenyataan seksis dan kesat yang dikeluarkan Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak).
Timbalan Speaker Rashid Hasnon memutuskan bahawa dakwaan Tajuddin menggunakan kata-kata kesat dalam dewan tidak direkodkan dalam Hansard Parlimen, yang kemudian menimbulkan reaksi daripada Kasthuri.
Terdahulu Tajuddin diberi masa dua minit untuk bercakap mengenai perkara itu dan menyifatkan tuduhan ke atasnya sebagai 'pembunuhan politik'.