Peguam baru Najib mohon tangguh pendengaran rayuan kes SRC

2022-07-26 17

Peguam baru Najib membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menangguhkan pendengaran rayuan kes rasuah SRC International, yang dijadual bulan depan.

Menurut surat daripada firma guaman Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners hari ini, pasukan peguam itu berkata ini kerana mereka baru saja dilantik mewakili bekas perdana menteri itu.