118 majikan tak patuh Perintah Gaji Minimum 2022 pada Jun - Menteri

2022-07-25 152

Putrajaya memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap 118 majikan kerana gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2022 yang berkuat kuasa pada 1 Mei lalu.

Menurut jawapan Menteri Sumber Manusia M Saravanan di Dewan Rakyat, amaran itu dikeluarkan berdasarkan 157 aduan yang diterima pada Jun lalu.