'MoU sedia ada antara PH-PM, tak timbul Umno tak nak lanjutkan'

2022-07-21 261

Tidak timbul isu sama ada Umno akan melanjutkan MoU dengan pembangkang memandangkan ia dibuat di antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan, kata Annuar Musa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, MoU tersebut juga akan terus terpakai sekiranya Parlimen tidak dibubarkan selepas 31 Julai depan.

Annuar berkata demikian bagi mengulas soalan pemberita mengenai kenyataan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan yang mengatakan parti itu tidak akan melanjutkan MoU tersebut selepas 31 Julai.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=AaYSkPx2Img