'Kambing pun kena rogol, jangan cepat hukum wanita pakai seksi' - Fuziah

2022-07-20 13

Fuziah Salleh (PH-Kuantan) mempersoalkan tindakan sesetengah pihak ‘menghukum’ mangsa gangguan seksual apabila mengaitkannya dengan pemakaian mangsa.

Bekas ketua wanita PKR itu berkata, tindakan tersebut seolah-olah menjustifikasikan gangguan seksual kerana mangsa terdiri daripada pelbagai latar belakang dan umur.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan RUU Anti-gangguan Seksual di Dewan rakyat hari ini.