PKR Perak buat 24 laporan polis terhadap Najib

2022-07-19 1

PKR Perak buat 24 laporan polis terhadap Najib

BERITA SEMASA 19 JULAI 2022

Semua 24 Cabang PKR Perak membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan kecuaiannya sehingga menyebabkan Malaysia berdepan tuntutan RM67.5 billion daripada waris kesultanan Sulu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

PKR negeri yang diwakili Mohamad Hairul Amir Sabri berkata,semua laporan dibuat serentak hari ini sebagai tanda mengecam sekeras-kerasnya sikap Najib yang mengelirukan rakyat dan menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) atas tuntutan tersebut.

Artikel:https://bit.ly/3Pl3pH5

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa