Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan terjerumus seperti Sri Lanka yang berdepan dengan masalah kewangan.
Katanya ekonomi negara masih stabil, dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan keyakinan dengan prospek pertumbuhan berterusan negara.
Terdahulu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bertanya sama ada Malaysia berdepan berkemungkinan menghadapi masalah ekonomi seperti Sri Lanka semasa waktu soal jawab menteri.