Usul untuk membahaskan isu tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah yang dibawa Ketua Pembangkang, Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) ditolak dalam Sidang DUN Sabah semalam.
Speaker DUN Sabah, Kadzim M Yahya berkata usul itu ditolak berdasarkan Peraturan 23(2) yang mengkehendaki permohonan membawa mana-mana usul perlu dibuat dalam tempoh 24 jam sebelum bermulanya persidangan.
Shafie kemudian meminta usul itu dibahaskan dalam mana-mana sidang DUN sepanjang empat hari kerana ia melibatkan isu kedaulatan Sabah.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=CbtDs6icc8g