Dewan kecoh! Speaker tolak bahas isu rampasan aset Petronas

2022-07-18 1,431

Dewan Rakyat kecoh selepas Speaker Azhar Azizan Harun menolak usul bagi membincangkan isu rampasan aset Petronas di luar negara oleh waris kesultanan Sulu.

Wakil-wakil rakyat pembangkang membantah keputusan Azhar yang memutuskan perkara itu tidak boleh dibahaskan di parlimen kerana subjudis.

Ia berlarutan sehingga menyaksikan ahli parlimen Warisan-Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis digantung dua hari daripada parlimen.

Free Traffic Exchange