'Kadang-kadang saya rasa Sabah ini hanya untuk digadai saja'

2022-07-18 831

Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan - Kota Belud) meluahkan kekecewaannya selepas Speaker Dewan Rakyat menolak usulnya untuk membahaskan isu rampasan aset Petronas di luar negara oleh waris kesultanan Sulu.

Beliau membidas kegagalan kerajaan menangangi isu itu dengan tegas walaupun mahkamah timbang tara di Perancis telah mengeluarkan keputusannya berhubung tuntutan waris Kesultanan Sulu pada 28 Feb lalu.

Tindakan kerajaan yang disifatkan sebagai sambil lewa itu, kata Isnaraissah mungkin akan menyebabkan kehilangan beberapa lagi aset negara di tempat lain.

Sumber video https://www.youtube.com/watch?v=NV9v2__u8L8