Majistret tolak permohonan reman empat hari pengasas Crackhouse

2022-07-15 776

Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel dijangka akan dibebaskan daripada tahanan polis pada pukul 6.30 petang ini.

Peguam Rizal, Ramkarpal Singh memberitahu Malaysiakini, ini selepas majistret menolak permohonan reman empat hari oleh pihak polis.