Timbalan presiden PKR tidak semestinya akan menjadi presiden, kata pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam wawancaranya bersama Malaysiakini.
Fahmi yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, dalam kes bekas timbalan Azmin Ali sebelum ini, perkara itu tidak berlaku.
Fahmi berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada kemenangan Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden akan mengukuhkan tanggapan bahawa dia berpotensi menggantikan Anwar Ibrahim.