Isu TPM: 'Umno tak dimaklum tapi saya tahu maksud tersurat, tersirat'

2022-07-14 369

Umno tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai perjanjian jawatan timbalan perdana menteri dan kuota kabinet di antara perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dan Bersatu, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu bagaimanapun berkata, beliau memahami maksud tersurat dan tersirat di sebalik perjanjian itu dan percaya ia dilakukan bagi memastikan kerajaan pimpinan Umno-BN mempunyai sokongan yang cukup di Dewan Rakyat.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=742268720157011