Petronas anggap tindakan waris Sultan Sulu rampas asetnya tak berasas

2022-07-13 555

Petronas menegaskan bahawa ia menganggap tindakan yang diambil terhadapnya oleh waris Kesultanan Sulu sebagai tidak berasas.

Syarikat gergasi petroleum Malaysia itu menegaskan, pihaknya akan mempertahankan kedudukannya dari segi undang-undang berhubung perkara itu .