MGNews : Polis sangkal dakwaan tidak saman dan minta suapan dari pemandu warga asing

2022-07-07 59

Polis menolak dakwaan video tular kononnya anggota polis tidak mengenakan tindakan terhadap seorang lelaki warga asing dan meminta suapan kerana memandu lori tanpa lesen memandu yang sah.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dakwaan yang dinyatakan individu berkenaan adalah tidak benar sebaliknya tindakan saman telah dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan.