Kes edar ganja: Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati

2022-07-06 21

Penyanyi yang berdepan pertuduhan dadah, Yasin Sulaiman, kini terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas dia dikenakan pertuduhan baru.

Peguamnya Yusmadi Yusoff memberitahu pihak pendakwaan menetapkan Yasin kini didakwa mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.