Pakar ekonomi jangka Bank Negara naikkan kadar dua kali lagi

2022-07-04 145

Beberapa pakar ekonomi menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan kadar asasnya sebanyak 25 mata lagi pada Rabu.

Berdasarkan tinjauan Reuters melibatkan 22 ahli ekonomi antara 27 Jun hingga 1 Julai, mereka meramalkan kadar itu akan meningkat lagi sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus dalam mesyuarat BNM pada 6 Julai ini.

Sebilangan besar responden juga meramalkan kenaikan 25 mata asas lagi pada September kepada 2.5 peratus.

Free Traffic Exchange