Seorang pemimpin Pemuda PKR menggesa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dipecat berhubung kenyataannya mengenai kematian pendatang di pusat tahanan imigresen Sabah.
Ketua biro undang-undang AMK Johor, Lau Yi Leong berkata, kenyataan itu menunjukkan kerajaan tidak berhasrat menyiasat peningkatan kes kematian dalam tahanan imigresen.