Lembaga Disiplin Umno akan putuskan tindakan atas Tajuddin - Zahid

2022-06-28 444

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno akan menyerahkan kepada lembaga disiplin parti untuk menentukan sebarang tindakan tatatertib yang akan diambil terhadap ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman berhubung sidang medianya semalam.

Beliau berkata sebarang cadangan yang dibuat oleh lembaga tersebut akan dipertimbangkan dan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi.