Pendedahan bekas ahli MKT Umno, Tajuddin Abdul Rahman membuktikan Anwar Ibrahim mempunyai sokongan kukuh dan menyakinkan untuk dilantik sebagai perdana menteri pada 2020.
Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata ia juga turut mengabsahkan ikhtiar PH untuk mengembalikan semula mandat rakyat dalam PRU14 yang dirampas melalui "Langkah Sheraton".