Tak pernah ada PM yang bincang tarikh PRU secara terbuka - Ismail

2022-06-16 250

Terlalu kerap berbincang soal tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan memberi kesan kepada kestabilan politik, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Ismail berkata tiada sebarang pendahulunya sebelum ini yang pernah membincangkan tarikh PRU secara terbuka.