Isu Anwar Ibrahim tidak cukup sokongan menjadi perdana menteri tidak akan timbul jika bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad memegang janjinya, kata Saifuddin Nasution Ismail.
Setiausaha Agung PKR itu turut menafikan kenyataan Mahathir yang mendakwa bahawa dia masih lagi perdana menteri jika bukan kerana langkah Anwar.