'Jangan biar bossku saja lawan, kita semua mesti serang' - Tok Mat

2022-06-01 1

Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan hari ini meminta jentera BN supaya tidak membiarkan musuh terus menyerang parti itu sehingga berjaya mempengaruhi rakyat.

Tegasnya, jentera BN tidak boleh membiarkan segala tohmahan dan persepsi direka pembangkang sampai kepada masyarakat begitu saja.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan ulang tahun ke-48 Konvensyen BN di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur pagi ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/bncommsofficial/videos/5302739183119805