Lesen operasi syarikat pengendali e-hailing (EHO) boleh ditarik balik atau digantung jika mereka melanggar surcaj melebihi 200 peratus daripada tambang asas, kata menteri pengangkutan Wee Ka Siong.
Wee juga mengingatkan supaya EHO tidak terus mendesak kerajaan dengan pelbagai permintaan dan alasan atau Kementerian Pengangkutan terpaksa mengambil tindakan mengawal selia industri itu.
Sumber video: https://www.facebook.com/wksbmenglish/videos/1374338003064416