Isu tambang tinggi: 'Zaman saya, saya panggil semua CEO mesyuarat'

2022-05-26 278

Anthony Loke berkata ketika menjadi Menteri Pengangkutan, dia telah mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan semua CEO syarikat penerbangan bagi mencari penyelesaian isu tambang tinggi pada musim perayaan.

Menurutnya, antara perkara yang boleh dilakukan adalah menambah tawaran penerbangan bagi menstabilkan harga tambang namun ia memerlukan koordinasi dan kerjasama semua pihak dan agensi terlibat.

Setiauasaha Agung DAP itu berkata demikian bagi mengulas isu kenaikan harga tambang penerbangan dan perkhidmatan e-hailing dalam satu program bual bicara malam tadi.

Sumber video: https://www.facebook.com/DAPMalaysia/videos/722556202492505