'SPRM perlu bongkar petualang perompak dana rakyat ketika pandemik'

2022-05-25 1,044

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya membongkar penyelewengan yang dilakukan ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Anwar dalam kenyataannya berkata, SPRM perlu mengambil tindakan pantas mengenai isu itu kerana ia melibatkan sikap negara terhadap rasuah dan penyelewengan dana awam.